Sunday 11 December 2011


Ini adalah rancangan pelajaran harian murid linus Tahun 1 di sekolah saya. Saya sangat seronok mengajar murid linus yang tidak “innocent” ini cuma keadaan yang kadang-kadang memaksa mereka menjadi murid linus dan kalau diberi peluang mereka akan Berjaya sebagai mana murid perdana juga.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN LINUS TAHUN SATU
Kelas               :  1
Masa               :  8.30 pagi hingga 9.30 pagi  (1 jam)
Mata Pelajaran:  Bahasa Malaysia
Unit 5               :  Membaca dan menulis suku kata tertutup KVKK dan perkataan KV+KVKK
Tajuk               :  Alam Semula Jadi
Kemahiran      :  2.3   Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVKK.
                           4.17 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVKK.
                           5.18 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVKK.
Objektif           :  Murid dapat
1.    Mengeja dan membunyikan 12 suku kata KVKK dengan betul.
2.    Mengeja dan membaca 5 perkataan KV+KVKK dengan sebutan yang betul.
3.    Membina dan menulis  5 perkataan daripada suku kata KV+KVKK.
Langkah / Masa
Aktiviti
Media Pengajaran
Set Induksi
(5    minit)
  1. Guru memaparkan senikata lagu di papan tulis.
           Nenek-nenek bawa piring
           Rebus jagung bulan terang
           Cucu lari pergi ladang
           Kasihan nenek tinggal tulang.
           Cucu-cucu pakai topeng
           Nenek tolong tebang  
           jering
          Cucu pula jaring jerung
          Nenek suka gulai terung

  1. Guru bimbing murid menyanyikan lagu berirama Nenek-nenek Si Bongkok Tiga
  1. Carta lagu ‘Nenek-nenek Si Bongkok Tiga’.

Langkah 1
(10 minit)
  1. Guru tampal jadual suku kata tertutup KVKK di hadapan kelas.
  2. Guru bimbing murid membunyikan suku kata KVKK yang ditunjukkan.


peng
bang
ring
rung
gung
dang
lang
sang
kung
song
gong
ring
Langkah 2
(15 minit)
  1. Guru bimbing murid memadankan kad suku kata KV dan KVKK yang disediakan untuk membina perkataan berpandukan gambar.
  2. Guru latih murid mengeja,menyebut dan membaca perkataan yang dibina.
  1. Ulang aktiviti di atas  sehingga selesai 5 patah  perkataan.

1.    Kad suku kata
KV  - 5 keping
KVKK  - 5 keping
                    

Langkah 3
(15 minit)
Permainan Nenek-nenek Si Bongkok Tiga.
  1. Murid disusun dalam bentuk satu bulatan besar.
  2. Murid menyanyikan semula lirik lagu yang dipaparkan dan telah diajar oleh guru sebentar tadi.
  3. Murid menyanyikan lagu tersebut sambil seorang murid berlagak seperti nenek berjalan mengelilingi bulatan sambil membawa kad perkataan.
  4. Nenek akan meletakkan kad perkataan tersebut  di belakang rakan yang dipilih.  Apabila murid berhenti menyanyi, murid tersebut dikehendaki membaca perkataan tersebut.

  1. Tongkat
  2. Kain batik
  3. Kad perkataan
Langkah 4
(10 minit)

Jangan Lupa Lirik
  1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang bertajuk “Jangan Lupa Lirik”.
  2. Murid dikehendaki menjawab lembaran kerja tersebut.
  3. Setiap tempat kosong yang perlu murid isi akan turut diletakkan gambar benda yang perlu ditulis oleh murid.
Contoh lembaran kerja

Nenek-nenek bawa _______,
Rebus ________ bulan terang
Cucu lari pergi ladang
Kasihan nenek tinggal _______.
Cucu-cucu pakai ___________,
 Nenek tolong tebang jering,
 Cucu pula jaring jerung,
 Nenek suka gulai __________.

Penutup
(10 minit)
  1. Guru mempamerkan carta lagu yang tidak lengkap.
  2. Murid menampal perkataan pada tempat kosong berpandukan gambar. Sehingga selesai.
  3. Murid menyanyikan semula lagu tersebut bersama guru.


Refleksi:
Kekuatan
Saya selalu bersemangat apabila hendak memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya bersama murid-murid linus. Jumlah mereka yang tidak ramai juga memudahkan pemantauan terhadap pembelajaran murid linus kerana mereka hanya duduk di satu meja di bahagian hadapan kelas sahaja. Walaupun jumlah mereka tidak ramai tetapi mereka juga ceria dan kelihatan gembira setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran linus di mulakan  bersama dengan mereka. Saya juga dapat menyediakan bahan bantu mengajar cepat dan mencukupi memandangkan jumlah murid yang sedikit dan saya tidak perlulah menyediakan lembaran kerja yang banyak untuk mereka. Murid linus saya juga melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan bersama mereka memandangkan semua aktiviti yang diberi sangat sesuai dengan tahap mereka ditambah pula dengan lembaran kerja yang sarat dimuatkan dengan bahan grafik.
Kelemahan
Setiap kekuatan pasti ada kelemahannya, begitu juga dengan pengajaran dan pembelajaran bersama murid linus saya di dalam kelas. Keadaan sekolah yang hanya mempunyai sebuah sahaja kelas tahun 1 dan kekurangan guru linus menyebabkan kelas linus dan perdana terpaksa dicantumkan. Saya terpaksa bertindak sebagai guru kelas perdana dan guru linus dalam masa yang sama. Keadaan ini menyebabkan saya tidak dapat memberi perhatian 

No comments:

Post a Comment