Monday 12 December 2011

Selamat Sejathera Dan Salam Perpaduan.
Ini adalah Rancangan Pelajaran Harian Makro yang sudah saya buat berdasarkan rakaman video yan lalu. Di sini saya juga paparkan refleksi untuk pengajaran makro tersebut.

2. Rancangan Pelajaran Harian Makro.

2.1       Pengenalan
Saya juga telah memilih Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Satu untuk pengajaraan makro saya. Saya memilih tajuk yang sama dengan tajuk pengajaran mikro saya dan  menggunakan Rancangan Pelajaran Harian yang sama dengan pengajaran mikro dan makro saya yang bertajuk ”Kebersihan”. Di sini saya menetapkan dua objektif untuk pengajaran dan pembelajaran saya ini iaitu:
i.              membina ayat mudah dengan betul berdasarkan bahan grafik.
ii.             Memebaca dan menaakul bahan grafik dengan betul.
Dalam pengajaran makro saya kali ini saya memilih tatabahasa iaitu ”Kata Kerja” sebagai perincian dalam pengajaran makro saya. Saya memilih tatabahasa kata kerja ini kerana saya rasa ia sangat penting kerana kata kerja sering kali diaplikasikan dalam pembinaan ayat murid, pertuturan seharian dan dalam pergerakan yang murid lakukan contohnya:
i.      murid menyepak bola semasa mereka bermain bola.
ii.     murid sedang menyapu sampah dalam bilik kelas.
iii.    Murid sedang memberus/menggosok gigi.
2.2  Kekuatan :
2.2.1      Guru
Secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran makro saya hari ini berjalan dengan lancar. Ini disebabkan oleh beberapa factor pendorong seperti:
1.    Jumlah murid yang sederhana banyaknya dan disiplin murid yang baik memudahkan saya mengenal pasti masalah pemahaman mereka berdasarkan isi pembelajaran yang diajar.
2.    Bahan bantuan mengajar, seperti grafik dan lebih kepada keadaan yang sebenar membolehkan murid memahami dan menggunakan ayat kata kerja dengan betul.
3.    Saya juga boleh telah bekerjasama dengan rakan guru dalam penyediaan rancangan pengajaran harian  mikro saya dengan  mengambil kira semua aspek bukan sahaja dari segi faktor murid tetapi juga persekitaran, kemudahan dan fizikal sekolah itu sendiri yang berada di kawasan pendalaman dan serba kekurangan terutamanya bahan bantu mengajar dan tidak adanya talian internet.
Ini dapat menyumbangkan kaedah atau strategi yang sesuai untuk pengajaran saya pada masa akan dating.


2.2.2      Murid
 Murid dapat memahami gambar grafik seperti yang diarahkan. Murid-murid dapat menyatakan aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar. Mereka juga dapat menyebut dengan kuat dan lancar kad perkataan yang ditunjukkan dan menyatakan dengan betul aktiviti  pada gambar yang dipaparkan oleh guru pada papan tulis. Objektif pembelajaran saya tercapai, di mana lebih separuh daripada  murid dapat menjawab soalan bertulis yang diberikan kepada mereka dengan semua betul. Murid-murid juga dapat menjawab secara spontan semua soalan semasa sesi soal jawab dijalankan dan  melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan bersama guru dan rakan murid. Ini jelas dapat dilihat sejak dari awal fasa orientasi pembelajaran, murid telah menunjukkan minat dan pengelibatan yang aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Semua murid dapat dipastikan terlibat sama dalam sesi pembelajaran ini. Ini  menjelaskan bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini telah tercapai. Keadaan disiplin murid yang terkawal juga memastikan perjalanan pengajaran saya hari ini berjalan dengan lancar.
2.3. Kelemahan
2.3.1. Guru
Dalam pengajaran dan pembelajaran makro kali ini banyak mengajar saya tentang siapa diri saya sebagai seorang guru, dan dapat menilai sendiri mutu pengajaran dan pembelajaran saya selama ini. Tidak dapat dinafikan bahawa masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki agar saya dapat terus berkembang menjadi seorang guru yang berkesan dari semasa ke semasa. Kelemahan yang ketara adalah seperti:
i.      Saya kurang memberi perhatian terhadap murid-murid di dalam kelas yang mana telah menyebabkan beberapa orang murid merasa bosan dan tidak mahu terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan.  Saya juga tidak mempelbagaikan teknik penyoalan yang setaraf dengan tahap pencapaian murid yang telah mendorong kepada murid perdana menjadi cepat bosan dan murid linus pula terus ketinggalan dalam pemahaman mereka dan tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan berkesan
ii.     Rancangan Pelajaran Harian disediakan dalam masa yang singkat juga telah menyebabkan mutu pengajaran saya kali ini agak merosot terutama dari segi penggunaan bahan bahan bantuan mengajar yang sangat terhad dan kurang menarik minat murid kerana penggunaan bahan bantuan mengajar yang biasa sahaja bagi mereka tanpa ada sesuatu yang baru.
iii.    Dalam Rancangan Pengajaran Harian yang saya buat untuk fasa aplikasi idea     
            tentang isi pembelajaran bahagian pemulihan ditekan. Di sini ia
            memberi implikasi kepada objektif aktiviti pemulihan tidak tercapai.  
            Murid-murid Linus masih belum dapat membina ayat dan perlu diberi latihan yang          
            lebih mudah.
2.3.2. Murid
Terdapat 2 orang murid yang  masih sangat lemah dan tidak menunjukkan peningkatan yang baik dalam pemahaman kata kerja mereka. Dua orang murid berkenaan adalah golongan murid linus dan kerap kali tidak hadir ke sekolah dan masih dalam proses pemulihan bersama kelas pemulihan khas dan kelas linus sepenuhnya. Mereka masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis, ini menyebabkan mereka  berdua sukar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang saya  jalankan di dalam kelas serta tidak dapat memahami dengan baik pelajaran yang hendak saya sampaikan kepada mereka. Murid-murid sederhana kurang bertanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran kecuali  murid-murid perdana yang menyebabkan murid-murid sederhana dan murid linus kurang bertanya da nada yang tidak mahu langsung bertanya atau melibatkan diri dengan aktiviti membina ayat menggunakan kata kerja yang diberi oleh guru. Keadaan ini menyukarkan saya untuk mengesan sama ada mereka  faham atau tidak kemahiran yang diajarkan. Bagi saya, semasa sesi soal-jawab dan murid-murid memberi pendapat merupakan saat kritikal untuk menentukan pencapaian objektif tercapai atau tidak.

2.4 Adakah saya mengubah rancangan pengajaran dan pembelajaran saya? Mengapa?
Untuk pengajaran dan pembelajaran makro ini, saya tidak mengubahkah rancangan asal rancangan pengajaran harian makro saya. Saya berbuat demikian setelah mendapat komen dan pendapat para rakan guru di sekolah dan juga rakan-rakan upsi yang lainnya. Berdasarkan komen dan pendapat mereka, saya tidak perlu ubah tetapi apa yang penting ialah saya perlu ubah gaya dan corak penyampaian saya pada masa hadapan. Apa yang saya ubah adalah rakaman asal rakaman video makro saya sahaja kerana berdasarkan komen rakan-rakan guru, saya kurang menekan kemahiran bertutur dan membaca dalam rakaman awal saya sebelum ini. Saya juga didapati banyak berdiri dihadapan kelas sahaja dan  tidak bergerak ke setiap sudut kelas untuk  memantau  aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran makro saya berlangsung. Pemantauan ini sangat penting kerana ia dapat membantu saya  mengawal perjalanan pengajaran saya di dalam kelas dan dapat mewujudkan  suasana interaksi dan komunikasi yang berkesan antara saya dan murid saya.



2.5 Kelemahan RPH mempengaruhi sesi pembelajaran dan pengajaran.
Dalam Rancangan Pengajaran Harian yang saya buat untuk fasa aplikasi idea  tentang isi pembelajaran bahagian pemulihan kurang ditekan. Di sini ia memberi implikasi kepada objektif aktiviti pemulihan yang kurang memuaskan. Murid-murid Linus masih belum dapat membina ayat dan perlu diberi latihan yang lebih mudah. Begitu juga dengan aktiviti pengayaan yang tidak disediakan dalam rancangan pelajaran harian menyebabkan guru tidak dapat mengesan tahap pemahaman murid-murid perdana terhadap pengajaran pembelajaran makro guru hari itu dan ini juga membawa pengaruh besar dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam kelas.

2.6 Cadangan penambahbaikkan
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.             Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas dan ini menunjukkan suasana interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. Bahan bantuan tambahan, sokongan atau sumber-sumber lain yang dapat meningkatkan pengajaran  seperti penggunaan tayangan video yang berkaitan dengan tajuk dan kemahiran yang akan saya ajar hari itu supaya dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih santai dan menyeronokkan untuk murid. Kemudahan bahan audio visual yang asas di sekolah seperti radio dan televisyen yang mampu menyiarkan rancangan tv pendidikan seperti “kampus Astro” dan penggunaan CD interaktif dapat menarik minat dan semangat murid-murid untuk belajar kerana ia berbeza daripada pengajaran yang biasa saya buat.

2.6 Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang akan saya buat secara berbeza? Mengapa?                 
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya, sekiranya saya berpeluang mengajar kumpulan ini lagi, saya memerlukan bahan rangsangan seperti penggunaan CD interaktif, LCD yang boleh memaparkan bahan grafik yang lebih besar dan jelas kepada murid. Saya juga akan lebih perihatian terhadap murid-murid saya untuk menggalakkan penglibat murid semasa sesi pengajaran dan pembelaajaran berlangsung. Ini kerana penglibatan murid yang memberangsangkan mendorong kepada persediaan rapi bahan aktiviti yang lebih mencabar khasnya untuk aktiviti pengayaan. Saya juga perlu mengambil berat tentang murid yang lemah dengan aktiviti yang bersesuaian dengan aras kebolehan mereka berpandukan tajuk yang diajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan aras penahaman mereka untuk menggelakkan masalah keciciran pembelajaran murid di dalam kelas.

3.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU KSSR TAHUN 1
Tarikh                          : 2 November  2011
Masa                           : 8.00 – 8.30 pagi
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tahun                          : Tahun 1
Bilangan Murid            : 20 orang
Tema                           : Kebersihan
Tajuk                           : Kebersihan
Hasil Pembelajaran:

FOKUS UTAMA




Standard Kandungan


5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.

Standard Pembelajaran

5.3.1 Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN + FN, FN + FK dengan betul dalam pelbagai situasi.
FOKUS SAMPINGAN
Standard Kandungan
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.

Standard Pembelajaran

2.5.1 Membaca, memahami dan menaakul dalam bahan grafik dengan betul.
Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat:
iii.            membina ayat mudah dengan betul betul berdasarkan bahan grafik.
iv.           Memebaca dan menaakul bahan grafik dengan betul.
Sistem Bahasa: 
i)              Tatabahasa            :  Kata Kerja
Pengisian Kurikulum:
a. Ilmu                                     : Pendidikan Moral
b. Nilai                                     : Menjaga kebersihan, bekerjasama dan berani.
c. Kemahiran Bernilai Tambah:
 i.         KB                   : menyusun, menjana idea, menaakul, estika dan
                                      kinestetik.
             ii.       BCB                  : membaca kuat.
Pengetahuan Sedia Ada       : Murid pernah mendengar , menonton dan melakukan
                                                  sendiri aktiviti kebersihan di rumah dan di sekolah.
Media/BBM                            : Kad gambar, kad perkataan, keratan perkataan dan
                                                  lembaran kerja.
Langkah/Masa
Aktiviti
Pengisian Kurikulum
Catatan

Set Induksi
(3 minit)

1.    Guru membawa murid menyanyi lagu bertajuk ”Kalau Rasa Gembira tepuk Tangan”.

KBT:
KB: Estika dan kinestik.


Langkah 1
(5 minit)












1.    Guru memaparkan gambar kepada murid-murid pada papan hitam.
2.    Guru bersoal-jawab berdasarkan gambar yang dilihat.
3.    Murid diminta menyatakan aktiviti yang terdapat dalam gambar.
4.    Murid menceritakan aktiviti yang terdapat dalam gambar.


KBT:

KB: Berani








 BBM:
Kad gambar


Langkah 2
 (5 minit)







1.    Guru menunjukkan kad perkataan yang mengandungi kata kerja.
2.    Murid diminta mengeja dan menyebut perkataan yang ditunjukkan.
3.    Murid diminta menampal kad perkataan pada gambar yang dipaparkan pada papan tulis.
4.    Guru membimbing murid membina ayat berdasarkan gambar yang dipaparkan.
5.    Murid membina dan meyebut ayat yang dibina.

KBT:
KB: menjana idea

Kad gambar
Kad perkataan
-Mencucu
-Menggosok
-Memotong
-Menyapu

langkah 3
(5 minit)


1.    Guru membaghagikan murid kepada beberapa kumpulan dan mengedarkan lembaran kerja dan keratan perkataan.
2.    Murid diminta menyusun keratan perkataan untuk membina ayat.
3.    Kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan diminta menampal lembaran kerja pada papan tulis.
4.    Murid diminta membaca ayat yang dibina dengan dengan sebutan yang betul secara individu, kumpulan dan kelas di hadapan kelas.

Nilai: kerjasama
KBT:
KB: menyusun
BCB: membaca kuat

BBM:
Keratan perkataan

langkah 4
(7 minit)

Pentaksiran
1.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
2.    Murid diminta membina ayat berpandukan gambar.


KB: menjana idea




Lembaran kerja.

langkah 5
Penutup
(5 minit)

1.    Rumusan
Guru merumuskan secara keseluruhan isi pelajaran yang di sampaikan pada hari ini.

1. Guru merumuskan secara keseluruhan isi pelajaran yang di sampaikan pada hari ini.




No comments:

Post a Comment