Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual tahun 5.


Salam Perpaduan…
Ini adalah rancangan pelajaran harian yang telah saya jalankan bersama-sama dengan murid-murid Tahun 5 pada bulan oktober yang lalu. Saya mengalu-alukan sebarang komen untuk penambahbaikkan pengajaran saya pada masa hadapan. Terima kasih.

Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Seni Visual

Kelas                           :           Tahun 5
Bilangan Murid            :           24 orang
Tarikh                          :           4 Oktober 2011
Masa                           :           9.00 a.m. – 10.00 a.m.
Bidang Seni                 :           Membentuk dan membuat binaan
Jenis                            :           Topeng Muka
Tajuk                           :           Topeng Haiwan
                                                (berdasarkan cerita haiwan “Singa dan Tikus).
Hasil Pembelajaran     :

Hasil pembelajaran
Spesifikasi Kurikulum
Menggunakan Asas Seni Reka dalam membentuk dan membuat binaan.

Unsur Seni:
 i.        Garisan, Rupa, Warna dan Bentuk.

Prinsip Rekaan:
 i.        Harmoni, Kepelbagaian dan Penegasan.
Aras 1
ii.        Mengetahui kewujudan binaan yang berfungsi di persekitaran.

Aras 2
 i.        Membuat lakaran reka bentuk binaan yang berfungsi berbantukan komputer.






Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
      i.        mengetahui kewujudan topeng muka sebagai hiasan muka untuk tujuan parti dan keramaian atau sebagai alat mainan untuk kanak-kanak.
     ii.        membuat topeng muka mengikut watak haiwan yang berdasarkan cerita ‘Singa dan Tikus’.

Pengetahuan sedia ada          :  
Murid-murid mengetahui kewujudan topeng muka melalui televisyen, pengalaman
sendiri dan sumber asas lain seperti buku cerita, atau pernah mempunyai topeng
muka mainan.

Kemahiran      :           i.     Membuat topeng muka singa dan tikus (Muka haiwan telah
                                          disediakan melalui cetakan computer).
                                    ii.    Mewarna muka haiwan (cetakan computer) untuk topeng
                                           muka.

Strategi pengajaran dan pembelajaran:
Pendekatan Kontekstual
      i.        Menggunakan pengetahuan sedia ada seperti cerita haiwan dalam buku cerita untuk menghasilkan topeng muka yang menarik.

Bahan Bantu Mengajar           :
Papan tulis, pensel warna, magic pen (jika perlu), gunting, getah, penebuk lubang, contoh gambar topeng muka dan contoh hasil rekaan topeng muka yang telah siap.

Penerapan Nilai          :          
Bekerjasama (perbincangan secara kelas), berdisiplin ketika guru memberi
penerangan dan menghargai hasil karya seni yang dihasilkan (apresiasi seni).






Langkah
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Isi Pelajaran
Catatan
Set Induksi
 (5 minit)

Gambar kartun & topeng muka.
·         Guru mempamerkan gambar singa dan tikus (cetakan komputer) dan contoh topeng muka.
·         Guru memainkan audio bunyi singa dan tikus.
·         Guru bertanya sama ada murid pernah mendengar cerita haiwan berjudul “Singa dan Tikus”.

1.    Pengenalan untuk tajuk pembelajaran.
2.    Murid memberi respons berkenaan gambar dan topeng muka yang ditunjukkan.

ABM: Gambar haiwan dan topeng muka.
Kemahiran Berfikir:
·         Soal jawab dalam mengembangkan pengetahuan.

Nilai:
Bekerjasama (Perbincangan secara kelas).
Langkah 1
(8 minit)

Penerangan setiap langkah.

·         Guru menjelaskan kepada murid-murid bahawa mereka akan membuat topeng muka bertemakan watak haiwan berdasarkan cerita haiwan yang dipilih.
·         Guru menerangkan bahan-bahan yang akan digunakan dan langkah yang betul dalam membuat topeng muka.
·         Guru menunjukkan contoh hasil topeng muka yang telah siap kepada murid-murid.
 
·         Penjelasan kepada setiap langkah yang betul dalam membuat topeng muka.
·         Penekanan kepada kreativiti murid-murid membuat rekaan topeng muka.
Topeng muka bertemakan cerita haiwan.

Murid-murid didedahkan kepada penghasilan topeng muka.

Nilai:
Berdisiplin.
       
Langkah 2
(40 Minit)

Kemahiran:
Mewarna, menggunting dan menampal.
·         Murid diberikan helaian cetakan muka haiwan.
·         Murid-murid mewarna muka haiwan.
·         Murid menggunting dan menampal muka haiwan yang sudah diwarnakan pada

·         Murid-murid mewarna muka haiwan.
·         Aplikasi kemahiran mewarna dan membentuk topeng muka.

12 murid diberi muka haiwan singa dan 12 murid lagi diberi muka haiwan tikus untuk diwarnakan.

Kemahiran berfikir:
Penjanaan idea.
Langkah
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Isi Pelajaran
Catatan
 Langkah 3
(5 minit)

Apresiasi hasil seni.
pinggan kertas.
·         Guru memilih beberapa pasangan untuk melakonkan watak haiwan.
·         Guru memberi pandangan tentang hasil persembahan murid.

·         Murid menggunakan topeng muka berdasarkan untuk melakonkan watak haiwan tersebut.
·         Penilaian ke atas hasil kerja dan persembahan murid.
·         Perbincangan secara kelas.

*Murid melakonkan watak haiwan.

Nilai:
Penghargaan hasil kerja seni yang dihasilkan.

Penutup
(2 Minit)

Rumusan dan nilai.

·         Guru dan murid membuat rumusan isi pembelajaran yang telah dipelajari.
·         Guru mendedahkan kepada murid-murid dengan nilai yang diterapkan dalam seni.

·         Mengimbas kembali apa yang telah dipelajari.
Penjelasan yang diberikan oleh guru menjana dan meluaskan pengetahuan murid-murid.

Refleksi:
Kekuatan
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Kelemahan dan kekurangan yang di kesan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid akan menjadi kekuatan untuk guru agar lebih memperbaiki mutu pengajarannya pada masa akan datang. Apabila dikenangkan kembali sesi pengajaran pendidikan seni visual bersama murid Tahun 5 ini sangat menyeronokkan sekali, semua murid terlibat secara aktif dan mereka seronok sekali menyiapkan tugasan membuat topeng muka yang diberikan kepada mereka. Saya juga tidak menghadapi masalah kawalan kelas kerana jumlah murid yang tidak terlalu ramai di dalam kelas. Murid dapat menyiapkan topeng muka dan masa yang ditetapkan oleh guru dan seterusnya dapat melakonkan watak haiwan seperti yang di arahkan oleh guru di dalam kelas. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari ini berjalan dengan lancer dan objektif pembelajaran tercapai.
Kelemahan
Kelemahannya pula pembuatan topeng ini memerlukan penyiapan rancangan pembelajaran yang agak lama dan memerlukan penyiapan bahan bantu mengajar yang banyak sebelum memulakan aktiviti tersebut. Sekolah pendalaman seperti sekolah saya mengalami masalah kekurangan bahan bantu mengajar dan kebanyakkan peralatan pendidikan seni sudah agak using dan banyak yang tidak dapat digunakan. Dari pihak murid pula  mereka mempunyai peralatan yang terhad dalam penyiapan topeng muka ini dan sangat bergantung kepada guru mereka.

No comments:

Post a Comment